Tuesday, May 12, 2009

Minggu-minggu Terakhir Menjalani Praktikal

Assalammualaikum....

Lebih kurang 4 minggu lagi saya dan rakan-rakan akan menamatkan
latihan praktikal disini.Rasa sayang pula nak meninggalkan tempat ini.
Banyak yang saya pelajari sepanjang menjalani praktikal disini.Selain dapat
mempelajari benda baru, suasana berkerja disini juga sangat selesa dan layanan
staf disini juga sangat memuaskan.Mingu-minggu terakhir ini, kami diminta untuk
membuat satu lagi tugasan iaitu facebook.Sebelum ini tak pernah saya terfikir
untuk membuat facebook tapi apabila berada disini kami diajar untuk membuat
facebook.Rasa seronok juga nak buat facebook.Ia sama juga macam kita buat blog
dan myspace.Dengan adanya facebook ini, kita boleh berhubung dengan kawan-kawan
bukan sahaja di malaysia tetapi juga di seluruh dunia.Apabila balik ke Kolej, saya akan
memberi tunjuk ajar pada rakan-rakan saya bagaimana cara untuk membuat facebook begitu juga dengan blog.

Ok sampai disini saja coretan saya..

Wassalam..