Sunday, March 29, 2009

tip untuk elak malu..

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


ini hanya sekadar gurauan..
terpulang pada anda untuk mengikutnya atau tidak...

Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Tentang Diriku...

Assalammualaikum...

Hari ini saya nak cerita serba sedikit
mengenai diri saya, apa yang saya selalu saya
buat jika saya cuti,makanan dan minuman kegemaran saya..

Mula-mula saya nak coretkan disini ialah
saya adalah anak sulung dari 4 orang adik-beradik.
semuanya masih belajar.
saya belajar di kolej komuniti bandar penawar.
Adik saya yang kedua pulak belajar di politeknik sultan haji ahmad syah.
Adik saya yang ketiga dan keempat masih belajar di tingkatan 3 dan
tingkatan 5.
Ayah saya bekerja sebagai polis manakala
emak saya seorang suri rumah.

Itu serba sedikit latar mengenai saya.
Apabila tiba waktu cuti pulak biasanya
saya akan duduk di rumah sambil membaca sama ada
majalah, surat khabar atau novel.
Biasanya saya akan menolong emak mengemas rumah dan memasak.

mengenai makanan kegemaran saya pulak
saya suka akan makanan kampung dan ulam-ulaman tak lupa
jugak saya menggemari makanan-makanan segera seperti
KFC , PIZZA HUT dan MC DONALD.
Manakala minuman pulak saya menggemari minuman panas dan sejuk.

Saya seorang yang sederhana.
Saya seorang yang sukakan keindahan dan ketenangan.

Saya jugak seorang yang mudah tersenyum,mudah simpati
mudah memaafkan orang
dan yang lebi penting
hormat kedua orang tua..

itulah serba sedikit mengenai diri saya..

wasalam..

Tuesday, March 24, 2009

hello...

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya menghadiri satu bengkel
mengenai Teknologi Dan Keselamatan Komputer
yang diadakan di tempat saya praktikal saya.
Banyak yang saya ketahui mengenai keselamatan komputer
Sebelum ini hanya sedikit sahaja yang saya tahu mengenai
keselamatan komputer.
Tapi apabila saya menghadiri bengkel tersebut
banyak pengetahuan mengenai keselamatan komputer
yang saya perolehi contohnya
~Apakah itu keselamatan komputer?
~Apakah keselamtan sesuatu komputer?
~Apakah keterdedahan maklumat
~Apakah itu virus?
~Bagaimana menjaga keselamatan komputer?
Banyak input dan output yang saya perolehi mengenai Teknologi dan Keselamtan Komputer
sepanjang bengkel tersebut.

okey..
Sampai disini sahaja coretan yang saya ingin kongsi.

wasalam..