Tuesday, October 20, 2009

lawatan ke Karangkraf dan ILP Kuala Langat

assalammualaikum.....

Pada 15-16 oktober 2009. Saya dan rakan-rakan dan diiringi dengan 6 orang pensyarah
telah megadakan lawatan ke Karangkraf dan ILP Kuala Langat untuk melihat cara bagaimana mereka membuat kerja dan cara pembelajaran mereka.
Banyak juga yang pengetahuan yang diperolehi sepanjang lawatan kami ke sana.

Tuesday, October 13, 2009

salam....

assalammualaikum...



dah lama saya x update blog saya...

kali terakhir saya update blog saya ialah seminggu sebelum saya

menamatkan latihan industri..



cerita terbaru mengenai saya sekarang ini ialah???

saya baru sahaja selesaikan draf Laporan Industri saya...

rasa lega apabila daraf tersebut telah siap..

banyak yang saya tulis didalam draf li saya

sepanjang saya menjalani Latihan Industri..



ok ar..kita tinggalkan dulu cerita mengenai draf laporan industri..



sekarang nie kita masih lagi dalam mood raya..

walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi kita berada

di bulan syawal tapi masih lagi ramai orang yang mengambil

kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka.

saya juga tidak ketinggalan dijemput untuk menghadiri

rumah terbuka..terima kasih kerana menjemput saya ke rumah terbuka..

sebelum mengakhiri blog saya arini..

belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya !!!


Tuesday, May 12, 2009

Minggu-minggu Terakhir Menjalani Praktikal

Assalammualaikum....

Lebih kurang 4 minggu lagi saya dan rakan-rakan akan menamatkan
latihan praktikal disini.Rasa sayang pula nak meninggalkan tempat ini.
Banyak yang saya pelajari sepanjang menjalani praktikal disini.Selain dapat
mempelajari benda baru, suasana berkerja disini juga sangat selesa dan layanan
staf disini juga sangat memuaskan.Mingu-minggu terakhir ini, kami diminta untuk
membuat satu lagi tugasan iaitu facebook.Sebelum ini tak pernah saya terfikir
untuk membuat facebook tapi apabila berada disini kami diajar untuk membuat
facebook.Rasa seronok juga nak buat facebook.Ia sama juga macam kita buat blog
dan myspace.Dengan adanya facebook ini, kita boleh berhubung dengan kawan-kawan
bukan sahaja di malaysia tetapi juga di seluruh dunia.Apabila balik ke Kolej, saya akan
memberi tunjuk ajar pada rakan-rakan saya bagaimana cara untuk membuat facebook begitu juga dengan blog.

Ok sampai disini saja coretan saya..

Wassalam..

Wednesday, April 15, 2009

Percutian Yang Menyeronokkan

Assalammualaikum..

Percutian adalah satu aktiviti yang menyeronokkan.Lebih-lebih lagi jika tempat itu
sungguh mendamaikan dan mententeramkan dapatlah merehatkan minda dari kesibukkan
kerja.Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita kunjungi bersama dengan keluarga.
Antara tempat yang saya lawati bersama-sama dengan keluarga saya ialah Pulau Pangkor
di Perak.Keindahan pantainya membuatkan saya terpikat.

Antara tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor ialah







Ini adalah tempat-tempat yang menarik di Pulau Pangkor.
Antara aktiviti yang boleh kita lakukan ialah samaada aktiviti di darat dan di laut.
Misalnya kita boleh lakukan aktiviti memancing, snorkeling, berbasikal, berkayak, jungletrekking dan sebagainya.Keindahan Pulau Pangkor ini yang masih belum lagi tercemar
dengan pembangunan dan masih lagi kaya dengan alam semulajadi dan keindahan flaura dan founa.Tidak rugi jika kita bercuti di dalam negara kerana banyak tempat-tempat yang menarik
yang kita boleh terokai.
Sampai disini saja..

Wassalam..

Monday, April 6, 2009

Pengalaman Praktikal.

Assalammualaikum..

Setelah 3 bulan saya menjalani praktikal di CICT..
Banyak pengalaman yang saya perolehi.
Saya di letakkan di bahagian Pusat Sokongan Teknikal bersama-sama
dengan 2 lagi pelajar praktikal iaitu Siti Wahidah Wani dari Kolej Komuniti Bandar
Penawar dan Mohd Firdaus bt Ismail Dari Politeknik Merlimau.
Di Pusat Sokongan Teknikal, adalah tempat staff menghantar komputer atau printer
untuk di baiki.Selain itu, di sini menyediakan anti-virus symantec secara percuma.
Disini, selain saya didedahkan dengan kerja-kerja teknikal saya juga diberi tunjuk ajar
untuk membuat kerja-kerja pejabat, contohnya menjawab telefon, mengambil maklumat
mengenai staff yang menghantar komputer untuk di baiki.
Antara tugasan yang di berikan kepada kami di sini ialah kami
dikehendaki untuk membuat blog.Sebelum ini, kami tidak di ajar cara untuk membuat blog
tetapi disini kami di ajar cara untuk membuat blog.
Kami ingatkan membuat blog adalah susah, tetapi setelah diberi panduan
rupa-rupanya membuat blog adalah senang.Di blog ini, kita boleh berkongsi pengalaman atau apa saja dengan orang ramai dan berkongsi pendapat.

Wassalam.

Sunday, March 29, 2009

tip untuk elak malu..

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


ini hanya sekadar gurauan..
terpulang pada anda untuk mengikutnya atau tidak...

Thursday, March 26, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Tentang Diriku...

Assalammualaikum...

Hari ini saya nak cerita serba sedikit
mengenai diri saya, apa yang saya selalu saya
buat jika saya cuti,makanan dan minuman kegemaran saya..

Mula-mula saya nak coretkan disini ialah
saya adalah anak sulung dari 4 orang adik-beradik.
semuanya masih belajar.
saya belajar di kolej komuniti bandar penawar.
Adik saya yang kedua pulak belajar di politeknik sultan haji ahmad syah.
Adik saya yang ketiga dan keempat masih belajar di tingkatan 3 dan
tingkatan 5.
Ayah saya bekerja sebagai polis manakala
emak saya seorang suri rumah.

Itu serba sedikit latar mengenai saya.
Apabila tiba waktu cuti pulak biasanya
saya akan duduk di rumah sambil membaca sama ada
majalah, surat khabar atau novel.
Biasanya saya akan menolong emak mengemas rumah dan memasak.

mengenai makanan kegemaran saya pulak
saya suka akan makanan kampung dan ulam-ulaman tak lupa
jugak saya menggemari makanan-makanan segera seperti
KFC , PIZZA HUT dan MC DONALD.
Manakala minuman pulak saya menggemari minuman panas dan sejuk.

Saya seorang yang sederhana.
Saya seorang yang sukakan keindahan dan ketenangan.

Saya jugak seorang yang mudah tersenyum,mudah simpati
mudah memaafkan orang
dan yang lebi penting
hormat kedua orang tua..

itulah serba sedikit mengenai diri saya..

wasalam..

Tuesday, March 24, 2009

hello...

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya menghadiri satu bengkel
mengenai Teknologi Dan Keselamatan Komputer
yang diadakan di tempat saya praktikal saya.
Banyak yang saya ketahui mengenai keselamatan komputer
Sebelum ini hanya sedikit sahaja yang saya tahu mengenai
keselamatan komputer.
Tapi apabila saya menghadiri bengkel tersebut
banyak pengetahuan mengenai keselamatan komputer
yang saya perolehi contohnya
~Apakah itu keselamatan komputer?
~Apakah keselamtan sesuatu komputer?
~Apakah keterdedahan maklumat
~Apakah itu virus?
~Bagaimana menjaga keselamatan komputer?
Banyak input dan output yang saya perolehi mengenai Teknologi dan Keselamtan Komputer
sepanjang bengkel tersebut.

okey..
Sampai disini sahaja coretan yang saya ingin kongsi.

wasalam..

Monday, January 19, 2009

pengalaman berkerja.

Ini adalah pertama kali saya berkerja.Sebelum ini saya tak pernah merasa suasana berkerja.Selepas tamat SPM saya, saya hanya duduk di rumah selama setahun sehingga saya menerima tawaran untuk sambung belajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar.Di sini kami dikehendaki untuk untuk menjalani praktikal pada semester ke3.Saya rasa gembira bila dikehendaki mencari tempat LI.Banyak juga saya mohon untuk membuat LI tapi hanya 2 tempat sahaja yang saya dapat.Saya akan menjalani praktikal ini sebaik yang mugkin.

Sunday, January 18, 2009

myself

ASSALAMMUALAIKUM...


Nama saya Noor hazimah berasal dari Johor.Sekarang saya belajar di Kolej Komuniti Bandar Penawar dalam jurusan Sijil Teknologi Maklumat selama 2 tahun.Sekarang saya berada di semester yang ketiga.Semester yang ketiga ini saya menjalani praktikal di UTM Skudai selama 6 bulan.Saya harap dapat menimba pengalaman dan diberi tunjuk ajar sepanjang saya berada di sini agar dapat dikongsi bersama dengan kawan-kawan saya dan juga pensyarah apabila saya kembali ke kolej pada semester yang akan datang.Insyaallah...

WASALAM...