Wednesday, March 25, 2009

Tentang Diriku...

Assalammualaikum...

Hari ini saya nak cerita serba sedikit
mengenai diri saya, apa yang saya selalu saya
buat jika saya cuti,makanan dan minuman kegemaran saya..

Mula-mula saya nak coretkan disini ialah
saya adalah anak sulung dari 4 orang adik-beradik.
semuanya masih belajar.
saya belajar di kolej komuniti bandar penawar.
Adik saya yang kedua pulak belajar di politeknik sultan haji ahmad syah.
Adik saya yang ketiga dan keempat masih belajar di tingkatan 3 dan
tingkatan 5.
Ayah saya bekerja sebagai polis manakala
emak saya seorang suri rumah.

Itu serba sedikit latar mengenai saya.
Apabila tiba waktu cuti pulak biasanya
saya akan duduk di rumah sambil membaca sama ada
majalah, surat khabar atau novel.
Biasanya saya akan menolong emak mengemas rumah dan memasak.

mengenai makanan kegemaran saya pulak
saya suka akan makanan kampung dan ulam-ulaman tak lupa
jugak saya menggemari makanan-makanan segera seperti
KFC , PIZZA HUT dan MC DONALD.
Manakala minuman pulak saya menggemari minuman panas dan sejuk.

Saya seorang yang sederhana.
Saya seorang yang sukakan keindahan dan ketenangan.

Saya jugak seorang yang mudah tersenyum,mudah simpati
mudah memaafkan orang
dan yang lebi penting
hormat kedua orang tua..

itulah serba sedikit mengenai diri saya..

wasalam..

No comments:

Post a Comment